MINIT MESYUARAT KALI KETIGA AJK MPIBG ( 2009 – 2010 ) SEKOLAH MEN. IMTIAZ KUALA TERENGGANU ( KOSPINT )
________________________________________________________________________
TARIKH : 2 JANUARI 2010
MASA : 10 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT.
Kehadiran:
1. Tn. Haji Mohd Zulkifli bin Abu Bakar YDP MPIBG
2. Tn. Haji Jain bin Awang Timb. YDP
3. Pn. Mardziah binti Che Abdullah Setiausaha
4. Pn. Faidahnam binti Busu - PK Akedamik
5. En. Ahmad Rdhuan bin Abdul Ghani - PK HEM
6. En. Mohd Noor bin Yahya - PK Kokurikulum
7. En Mohd Amin Faisal bin Uzip @ Othman - PK Ulul albab
8. EN. Insp. Nor Nizam bin Johari - Polis Perhubungan
9. Tn. Haji Mohammad bin Ali - AJK
10. En. Mohd Mazri bin Abdul Rahman - AJK
11. En. Mohammad Salihuddin bin Harun - AJK
12. YM Syed Shiekh bin Tuan Syed - AJK
13. Pn. Zawiah binti Dollah - AJK
14. Pn. Jahani binti Muda - AJK
Tidak Hadir:
1. En. Abdul rahim bin Ramli - Tiada makluman
2. En. Abdul Halim bin Besar - Tiada Makluman
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK MPIBG kerana dapat hadir pada mesyuarat AJK MPIBG kali ketiga. Seterusnya pengerusi mengucap taniah kepada guru-guru di atas peningkatan peratus keputusan PMR baru-baru ini kerana tidak menghampakan harapan ibubapa. Pengerusi juga menyatakan dengan penuh harapan agar kerajaan negeri tidak menganak tirikan Sekolah Imtiaz kerana ia juga adalah salah sebuah sekolah dibawah kerajaan negeri juga
2.0 Mengesah minit mesyuarat yang lalu.
3.0 Perkara-perkara berbangkit.
• Pengetua memaklumkan, pelajar-pelajar yang ditangkap diatas kesalahan mencuri bukanlah pelajar miskin tetapi kebanyakan mereka adalah tabiat ( habit ) suka mwelakukan perbuatan tersebut.
• Seterusnya pengetua memaklumkan juga, berlakunya masalah kecurian, pecah bilik guru adalah berpunca daripada masalah penggunaan talipon bimbit.
• PK HEM memaklumkan audit mengarah bayaran dobi dibayar ke akuan kebajikan.
• En Jain mencadangkan diadakan perjumpaan dengan YB Razif bagi membincangkan program-program di Imtiaz dan bajet yang diperlukan.
• Mesyuarat bersetuju dan mencadangkan diadakan pertemuan tersebut pada 13 Januari 2010 pada pukul 2.30 petang.
Tindakan : YDP MPIBG
4.0 Laporan sekolah, kewangan dan akedamik
4.1 Pengetua memaklumkan;
4.1.1 Terdapat lebihan guru di sekolah SABK dan kemungkinan guru-guru tersebut akan ditarik keluar. Sekiranya berlaku keadaan tersebut di Imtiaz ianya tidak menjejaskan proses P &P.
4.1.2 Pihak sekolah menerima kemasukan kakitangan baru PAR dan pembantu tadbir dan juga seorang Ketua Kerani.
4.1.3 Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan matapelajaran Bahasa Arab adalah Bahasa Elektif bermula tahun 2011.
4.1.4 Seterusnya pengetua memaklumkan, bermula tahun hadapan makanan tambahan untuk pelajar dibekukan hanya minum pagi sahaja dikekalkan.
4.1.5 Pelajar-pelajar tingkatan 2,3 & 5 akan lapor diri pada 2 januari 2010 pukul 2.30 petang. Manakala pelajar-pelajar Tingkatan Empat pada 9 Januari 2010 dan pelajar Tingkatan Satu pada 10 Januari 2010.
4.2 Laporan Hafazan oleh PK Ulul albab;
4.2.1 Graf hafazan adalah sebagaimana lampiran.
4.2.2 Bagi Pelajar Tingkatan Satu:
- 5 Juzuk ke bawah….
- 6 - 10 Juzuk seramai 52 orang.
- Melebih 10 juzuk seramai 4 orang.
Bagi Pelajar Tingkatan Dua:
- 10 juzuk ke bawah seramai 13 orang.
- 11 – 15 juzuk seramai 52 orang.
- 16 – 20 juzuk seramai 21 orang.
- 23 juzuk 1 orang.
- 25 juzuk 1 orang.
- 28 juzuk 1 orang.
- Khatam 1 orang ( perempuan ).
Bagi Pelajar Tingkatan Tiga:
- 10 juzuk ke bawah seramai 12 orang.
- 11 – 15 juzuk seramai 25 orang.
- 16 – 20 juzuk seramai 32 orang.
- 21 – 25 juzuk seramai 8 orang.
- Khatam 4 orang ( sebelum cuti )
- 1 orang Khatam ( selepas cuti )
Bagi Pelajar Tingkatan Empat:
- 10 juzuk ke bawah seramai
- 11 - 15 juzuk seramai
- 16 – 20 juzuk seramai 20 orang
- 26-29 juzuk seramai 2 orang
- Khatam seramai 4 0rang.
• Secara kesseluruhannya;
- 6 – 10 juzuk
- 11 – 15 juzuk seramai 95 orang
- 16 – 20 juzuk seramai 73 orang
- 21 – 25 juzuk seramai 17 orang
- 26 – 29 juzuk seramai 3 orang
- Khatam seramai 10 orang.
• PK Ulul albab memaklumkan, secara keseluruhannya tahap hafazan pelajar Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Empat dari setahun ke setahun semakin meningkat dan bertambah baik.
• Manakala sasaran pada tahun 2010 pelajar yang dapat khatam al-quran antara 20 – 30 orang.
• Pengetua memaklumkan mereka yang khatam mendapat ensentif galakan daripada peruntukan sumbangan Koperasi Sekolah.
• Seterusnya mesyuarat juga bersetuju pada tahun ini di beri tambahan insentif sebagai galakan kepada pelajar bagi meningkatkan lagi tahap hafazan.
- Tingkatan Satu : RM 100.00
- Tingkatan Dua : RM 200.00
- Tingkatan Tiga dan seterusnya : RM 300.00
Tindakan : PK Ulul albab
• En. Mazri bin Abdul Rahman mencadangkan agar membuka ruang kepada ibubapa memberi sumbangan kepada mereka yang khatam al-quran.
Tindakan : PK Ulul albab
• Seterusnya mesyuarat bersetuju diwawarkan kepada pelajar sebagai insentif galakan bagi mereka yang khatam al-quran lawatan khas ke Pasentren Bab al-salam di Bandung, Indonesia.
Tindakan : PK Ulul albab
4.3 Laporan Kewangan
Sebagaimana lampiran.
4.4 Laporan Akedamik
• Sebagimana lampiran.
• Pengetua memaklumkan pada tahun ini keputusan PMR terdapat peningkatan yang baik sehingga menempatkan Imtiaz Kuala Terengganu tempat yang ke lima rangkin negeri.
• Seterusnya pengetua mengucapkan syabas kepada guru-guru terutamanya team SMR yang bertungkus-lumus menjayakan pelbagai aktiviti.
5.0 Masalah talipon bimbit
• PK HEM memaklumkan banyaknya berlaku salah laku dikalangan pelajar seperti kecurian, buli dan pecah masuk bilik guru adalah berpunca daripada talipon bimbit.
• Mesyuarat Disiplin telah dibuat dan bersetuju diadakan Surat Perjanjian talipon bimbit ( sebagaimana lampiran ). Matlamatnya adalah untuk untuk membendung salah-laku dan masalah disiplin di kalangan pelajar.
• Mesyuarat PIBG telah bersetuju kesalahan tersebut diambil tindakan berperingkat bagi mengelak timbulnya perkara berbangkit;
- Tindakan pertama : Panggil ibubapa/penjaga.
-Tindakan Kedua : Gantung sekolah.
- Tindakan Ketiga : Buang sekolah.
Tindakan : PK HEM
6.0 Hal-hal lain
• Ustaz Amin Faisal mencadangkan diadakan kenduri Kesyukuran, insentif diatas penigkatan keputuisan PMR baru-baru ini.
• En. Muhammad Ali menbangkitkan tentang keletan mengadakan mesyaurat AJK MPIBG. Mesyuarat bersetuju agar mesyuarat seterusnya diadakan pada bulan Mac selepas pengumuman keputusan SPM.
Tindakan : YDP PMIBG
• Ustaz Mohd Noor bin Yahya mencadangkan agar insentif hafazan dipanjangkan kepada ibubapa. Mesyuarat bersetuju diedarkan makluman kepada ibubapa RM5.00 sebulan.
Tindakan : PK Ulul albab
7.0 Penutup.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang dengan bacaan surah al-Asr.
Disediakan oleh,
…………………………………………
(MARDZIAH BIN CHE ABDULLAH )
Setiausaha MPIBG
Sek. Men Imtiaz Kuala Terengganu ( KOSPINT )
No comments:
Post a Comment